SEJARAH ANGKATAN PELUKIS KEDAH Angkatan Pelukis Kedah yang lebih dikenali dengan APK telah ditubuhkan sebagai pertubuhan berdaftar pada 25 JANUARI 1977. Ketika itu Cikgu Jamaluddin Abdullah telah menerajui APK sebagai Yang DiPertua APK yang pertama. Kegiatan APK pada awal penubuhannya itu berpusat di Kompleks Pelbagai Guna, Jalan Stadium, Alor Star di mana majoriti keahliannya terdiri daripada guru-guru pendidikan seni Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertugas di Kota Setar. Pameran Pertama APK telah diadakan pada tahun 1978 di Kompeks Pusat Pelbagai Guna, Alor Star dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Belia & Sukan Negeri Kedah. Mesyuarat Agung Tahunan APK pada 3 APRIL 1981 telah menyaksikan Dato’ Ahmad Basri bin Mohd Akil yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah dilantik sebagai Yang DiPertua APK dan sehingga kini masih lagi Yang DiPertua APK bagi sesi 2006/2007. Pada 31 OGOS 1981 Menteri Besar Ke...