Posts

Showing posts from May, 2012

BORANG AHLI

Image

YURAN

YURAN BAHARU AHLI APK Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut: Status/Jenis Ahl i Yuran Pendaftaran (RM) Yuran Tahunan (RM) Ahli Biasa RM30.00 RM30.00 Ahli Bersekutu RM30.00 RM30.00 Ahli Gabungan RM30.00 RM150.00 Seumur Hidup RM30.00 RM200.00 Ahli Seumur Hidup Terbuka kepada individu yang memohon kepada Ahli Jawatan Kuasa Pentadbir berserta bayaran Yuran Pendaftaran sebanyak RM30.00 dan Yuran Ahli Seumur Hidup sebanyak  RM200.00  secara sekali gus semasa permohonan kali pertama. dan Terbuka kepada  Ahli Biasa  menukar status/jenis keahlian dengan memohon kepada Ahli Jawatan Kuasa Pentadbir untuk menjadi Ahli Seumur Hidup dengan bayaran sekali gus Yuran Ahli Seumur Hidup sebanyak  RM200.00  sahaja (tanpa yuran pendaftaran). RINGKAS Ahli Biasa yang memohon menjadi Ahli Seumur Hidup Dikenakan sebanyak RM200.00 sahaja tanpa yuran pendaftaran. Permohonan terus  (permohonan baharu) kepada Ahli Seumur Hidup dikenakan bayaran Pen

SEJARAH APK

Image
SEJARAH ANGKATAN PELUKIS KEDAH Angkatan Pelukis Kedah yang lebih dikenali dengan APK telah ditubuhkan sebagai pertubuhan berdaftar pada 25 JANUARI 1977.  Ketika itu Cikgu Jamaluddin Abdullah telah menerajui APK sebagai Yang DiPertua APK yang pertama.  Kegiatan APK pada awal penubuhannya itu berpusat di Kompleks Pelbagai Guna, Jalan Stadium, Alor Star di mana majoriti keahliannya terdiri daripada guru-guru pendidikan seni Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertugas di Kota Setar. Pameran Pertama APK telah diadakan pada tahun 1978 di Kompeks Pusat Pelbagai Guna, Alor Star dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan Belia & Sukan  Negeri Kedah. Mesyuarat Agung Tahunan APK pada 3 APRIL 1981 telah menyaksikan Dato’ Ahmad Basri bin Mohd Akil yang ketika itu  menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah dilantik sebagai Yang DiPertua APK dan sehingga kini masih lagi Yang DiPertua APK bagi sesi 2006/2007. Pada 31 OGOS 1981 Menteri Besar Kedah ketika itu YAB