TUGAS DAN PERANAN AJK

 

YANG DIPERTUA

(Pengerusi)

1.         Mempengerusi semua mesyuarat APK

2.         Bertanggungjawab ke atas semua hal-ehwal pentadbiran dan  kewangan pertubuhan

3.         Mewakili APK dalam urusan dengan pihak luar dan membuat kenyataan dalam media atau sebarang hebahan pertubuhan.

4.         Membuat keputusan muktamad/undi pemutus.

 

NAIB YDP 1

(Biro Pameran)

1.      Memangku jawatan YDP dan mempengerusikan mesyuarat ketika ketiadaan YDP

2.      Merancang aktiviti pameran sepanjang tahun

3.      Mewakili/menghadiri taklimat, kursus atau mesyuarat atas arahan YDP.

 

NAIB YDP 2

(Biro Bimbingan)

1.      Merancang aktiviti bimbingan senilukis, ceramah dan kursus berkaitan.

2.      Berusaha dengan gigih, berhubung dengan masyarakat berkaitan keperluan mengenai senilukis semasa.

 

NAIB YDP 3

(Biro Kegiatan Luar)

1.      Merancang aktiviti kegiatan luar seperti lawatan sambal belajar (dalam & luar negara), aktiviti plen air, perkhemahan dan ekspedisi seni.

2.      Berusaha mendapatkan kemudahan dan sokongan dari pihak-pihak yang berkaitan.

 

SETIAUSAHA 1

1.      Menulis dan menyimpan segala maklumat mesyuarat dan urusan pentadbiran persatuan :-

1.1    Menyediakan buku rekod daftar ahli yang lengkap

1.2    Menandatangani semua cek bersama YDP dan Bendahari atau  dua daripadanya.

1.3    Menghantar Penyata Mesyuarat Agong Tahunan dalam masa 60 hari kepada Pendaftar Pertubuhan /eROSES.

1.4    Menyediakan minit-minit mesyuarat.

2.      Semua urusan surat-menyurat mengenai mesyuarat agong, mesyuarat jawatankuasa dan surat rasmi APK kepada pihak-pihak luar

3.      Menjadi pegawai khas dalam urusan pentadbiran dan persatuan

4.      Menguruskan hebahan/maklumat rasmi APK melalui media sosial.

5.      Menyimpan semua rekod pentadbiran APK

 

SETIAUSAHA 2

Membantu tugas-tugas Setiausaha 1 Menggantikan Setiausaha sewaktu ketiadaannya

 

BENDAHARI

1.      Menerima dan mengeluarkan resit bayaran kutipan wang dari ahli-ahli dan sebarang sumbangan dari pihak tertentu dan memasukkan wang ke bank dengan kadar segera.

2.      Mengeluarkan perbelanjaan menurut keputusan mesyuarat jawatankuasa dan menyimpan penyata akaun.

3.      Menandatangani semua cek bersama YDP dan Setiausaha atau salah seorang daripadanya

4.      Membentang penyata/status kewangan dalam setiap mesyuarat AJK dan Mesyuarat Agong APK

 

AHLI JAWATANKUASA (AJK)

1.      Menghadiri setiap mesyuarat AJK dan Mesyuarat Agong

2.      Sekiranya tidak hadir dengan bersebab, seseorang AJK hendaklah menjalankan tugas-tugas yang perlu sesudah mesyuarat dijalankan.

3.      Membantu tugas-tugas NYDP, Setiausaha dan Bendahari seperti yang diarahkan oleh YDP di dalam mesyuarat.

4.      Mengusulkan cadangan yang membina ke arah kemajuan persatuan. Berusaha untuk mendapatkan sokongan moral, kewangan dan kebendaan kepada persatuan.

5.      Mengambil bahagian penting dan bekerjasam dalam melaksanakan tugas sebelum, semasa dan selepas pameran.

6.      Membentuk sub-biro/jawatankuasa kecil untuk menjalankan tugas yang berkaitan.

7.      Seseorang AJK yang tidak hadir tiga (3) kali berturut-turut dengan tidak memberi alasan yang munasabah adalah terlucut dari jawatannya.

 

AHLI-AHLI BIASA (AB), SEUMUR HIDUP (ASH), AHLI GABUNGAN (AG) DAN KEHORMAT (AK)

1.      Bertanggungjawab menjaga nama baik pertubuhan

2.      Membantu AJK dalam mengurus /melaksanakan pameran dari masa ke semasa.

3.      Berusaha sedaya upaya mengambil bahagian dalam setiap pameran dan aktiviti yang dirancang.

4.      Menjaga hubungan baik dengan semua masyarakat

5.      Menjelaskan yuran tahunan sebelum bulan Mac atau kehilangan keistimewaan sebagai ahli APK.

 

PEMERIKSA KIRA- KIRA

1.      Dua orang ahli yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agong Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

2.      Dikehendaki memeriksa akaun pertubuhan setiap tahun dan melaporkan dalam buku mesyuarat agung tahunan

 

Comments

Popular posts from this blog

SEJARAH APK

AHLI ANGKATAN PELUKIS KEDAH